Tuesday, February 11, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palestin sah tarik diri

    PETALING JAYA, 10 OKT – Pasukan Palestin sah menarik diri sekali gus melupakan hasrat mereka beraksi di Pestabola Merdeka 2023 susulan situasi tegang di negara berkenaan ketika ini.

    Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berkata penarikan diri itu dibuat pada saat akhir setelah menerima pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Palestin kira-kira 2 pagi tadi.

    Walaupun Palestin tidak dapat beraksi di edisi ke-42 kejohanan itu, Sivasundaram berkata format pertandingan tetap dikekalkan biarpun ia kini disertai hanya tiga pasukan – Malaysia, India dan Tajikistan.

    “Berdasarkan situasi terbaharu, Malaysia kekal akan bertemu India pada Jumaat ini (9 malam) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    “Tajikistan pula mendapat ‘bye’ dan akan terus layak ke final pada 17 Oktober (9 malam) di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bertemu pemenang perlawanan Malaysia dan India,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Berdasarkan jadual asal, Palestin dijadual bertemu Tajikistan Jumaat ini pada 4:30 petang dengan pasukan yang menang akan bertemu sama ada Malaysia atau India di pentas final. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda