Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palestin sedia untuk proses damai dengan Israel

    RAMALLAH, 5 OKT – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kelmarin menyuarakan kesediaannya untuk melaksanakan proses damai dengan Israel berdasarkan resolusi antarabangsa.

    Abbas berkata demikian pada pertemuan dengan Timbalan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hal Ehwal Israel dan Palestin, Hady Amr di Ramallah, Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi berita Palestin (WAFA).

    “Persidangan antarabangsa perlu diadakan untuk perdamaian di Timur Tengah di bawah kerangka antarabangsa bagi mengakhiri pencerobohan Israel dan menubuhkan negara Palestin berdasarkan sempadan 1967.

    “Situasi ketika ini tidak dapat diterima dan tekanan diberikan kepada Israel untuk menghentikan tindakan mereka ke atas rakyat Palestin dan menamatkan aktiviti penempatan dan pencerobohan tanah Palestin,” kata Abbas.

    Abbas berkata sekiranya Israel enggan menerima prinsip penyelesaian dua negara, rakyat Palestin akan mencari pilihan lain, termasuk pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada 1947, atau memilih menubuhkan negara demokratik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda