Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palhinha gembira diberikan ‘peluang kedua’

    MUNICH, 31 JULAI – Pemain tengah Portugal, Joao Palhinha kelmarin mengucapkan terima kasih kepada Bayern Munich kerana memberinya ‘peluang kedua’ untuk menyertai kelab gergasi Jerman, setahun selepas gagal dalam usaha memeterai perpindahan.

    Bayern bersedia untuk menandatangani Palhinha pada tahun 2023 dan pemain tengah itu bahkan dilihat memakai jersi kelab untuk gambar promosi, tetapi pemindahan dari kelab Liga Perdana Fulham gagal.

    Pada acara pengenalan rasmi sebagai pemain Bayern kelmarin, Palhinha berkata dia “tidak fikir Bayern akan kembali untuk membeli saya.”

    “Apabila pemindahan itu tidak tercapai, ia adalah kekecewaan bagi saya dan keluarga saya. Ia sukar untuk dihadam,” tambah pemain kelahiran Portugal itu.

    Palhinha menandatangani kontrak lanjutan bersama Fulham hanya sebulan selepas perpindahan gagal pada September 2023, tetapi memuktamadkan perpindahannya ke Bayern pada awal Julai tahun ini.

    “Tanggapan pertama sangat hebat. Ia satu impian yang menjadi kenyataan dan saya tidak sabar untuk memakai baju dan mewakili Bayern di atas padang, ” katanya.

    Pemain berusia 29 tahun itu, yang menghabiskan dua tahun di Fulham selepas tiba dari Sporting Lisbon pada 2022, menandatangani kontrak empat tahun dengan pasukan Bavaria itu.

    Palhinha, yang telah menjaringkan dua gol dalam 31 penampilan antarabangsa, mengambil bahagian dalam kempen Euro 2024 Portugal yang berakhir dengan kekalahan di tangan Perancis pada peringkat suku akhir.- AFP

    Joao Palihinha semasa diperkenalkan sebagai pemain Bayern Munich baru-baru ini. Pemain itu berterima kasih kepada kelab baharunya kerana memberinya ‘peluang kedua’ untuk menyertai kelab gergasi Jerman itu, setahun selepas gagal dalam usaha memeterai perpindahan.- AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda