Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palladino jurulatih baharu Atalanta

    ROME, 12 NOV – Atalanta mengumumkan pelantikan Raffaele Palladino sebagai jurulatih kelmarin, susulan pemecatan Ivan Juric.

    Pemenang Liga Europa 2024 itu dalam satu kenyataan berkata bekas pemain antarabangsa Itali itu telah menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2027.

    Palladino, 41, menamatkan kerjaya kejurulatihannya di Monza, pertama bersama pasukan belia sebelum mengambil alih pasukan utama pada 2022 dan berjaya membawa kelab itu bersaing dua musim di Serie A.

    Dia kemudian menyertai Fiorentina, menduduki tempat keenam dalam Serie A sebelum meninggalkan pasukan itu secara mengejut pada Julai lalu selepas hanya satu musim mengendalikannya.

    Palladino tiba di kelab yang belum pulih daripada pemergian jurulatih ikoniknya Gian Piero Gasperini, yang meninggalkan pasukan pada akhir musim selepas sembilan tahun di Bergamo untuk menyertai Roma.

    Atalanta yang sedang bergelut hanya memenangi empat perlawanan musim ini, dua dalam Serie A dan dua dalam Liga Juara-juara daripada sejumlah 15 perlawanan.

    Dalam saingan liga, mereka tewas dua perlawanan berturut-turut dan berada di tangga ke-13 selepas 11 pu-singan, hanya enam mata memisahkan mereka dari zon penyingkiran.

    Atalanta berkata dalam satu kenyataan bahawa Juric dan kakitangan kejurulatihannya telah dipecat Isnin lalu, menjadikan kelab itu pasukan keempat Serie A yang menukar jurulatih musim ini selepas Juventus, Genoa dan Fiorentina. – AFP

    Gambar fail bertarikh 1 Mei 2025 menunjukkan Palladino sebelum perlawanan bola sepak di stadium Benito Villamarin di Seville, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda