Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paluan gendang Cina, tarian India meriahkan malam KB

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 25 JULAI – Perpaduan budaya yang harmoni dan menarik dipertontonkan dalam siri persembahan oleh masyarakat Cina dan India dari seluruh Daerah Belait pada pentas malam di Gerai Perayaan yang terletak di Tudong Saji, Kuala Belait kelmarin.

    Persembahan berkenaan diadakan bersempena degan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78.

    Persatuan Tiong Hua Daerah Belait dan Persatuan India Belait mengetuai persembahan pada malam itu, yang disifatkan sebagai gabungan antara banyak budaya yang mencerminkan warisan dan tradisi yang terdapat di Daerah Belait dan juga dalam negara.

    Sebanyak 18 persembahan telah diadakan pada malam itu, dengan salah satu acara kemuncaknya ialah paluan gemuruh gendang Cina yang bergema di seluruh kawasan dan menarik rasa ingin tahu orang ramai.

    Persembahan lain termasuk lagu dan tarian tafsiran asal-usul Cina dan India, kontemporari moden dan juga tarian gabungan serta gabungan persembahan Nasyid dan Syair Melayu; semuanya berfungsi untuk merapatkan jurang antara masa lalu dan masa kini.

    Pengurus Stesen Radio Televisyen Brunei (RTB) Cawangan Belait Dayang Nur’alya Fareedah binti Haji Mohammad hadir selaku tetamu kehormat pada malam itu. Beliau yang telah dialu-alukan untuk hadir ke acara itu oleh ketua Persatuan Tiong Hua Daerah Belait, Loo Soon Nin dan ketua Persatuan India Belait Salimo; yang kemudiannya menyerahkan tanda penghargaan kepada tetamu kehormat bagi memperingati majlis tersebut.

    Tetamu kehormat dan sebahagian pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan pada malam itu.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda