Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pamela dijangka landa pantai barat Mexico

    BANDAR MEXICO, 13 OKT – Ribut tropika Pamela dijangka akan melanda pantai barat Mexico sebagai taufan besar, berkemungkinan meningkatkan ancaman yang mampu meragut nyawa dan angin berbahaya, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS.

    Pamela diramal akan melintas di hujung selatan semenanjung Baja California sebelum menuju pelabuhan Pasifik bandar Mazatlan.

    Ribut berpusat kira-kira 275 kilometer (km) barat-barat daya dari Mazatlan, kata NHC dan begerak ke timur laut sekitar 70 km/sejam dengan kekuatan angin maksimum 120 km sejam.

    Pusat yang berpangkalan di Miami itu mengatakan hujan lebat boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh ketika Pamela melalui negara-negara Mexico, Sinaloa, Durango dan Nayarit.

    Lonjakan ribut dijangka menghasilkan banjir pesisir ‘signifikan’ dan ‘ombak besar dan berbahaya’ tambahnya.

    Sisa-sisa ribut Pamela dapat membanjiri sebahagian Texas dan Oklahoma, dengan potensi untuk ‘banyak kesan banjir kilat dan banjir.’

    Disebabkan lokasinya, Mexico sering dilanda ribut tropika dan taufan di kedua-dua pantai Pasifik dan Atlantik.

    Pada bulan Ogos, ribut taufan Nora melanda di negara pasifik Jalisco, mengorbankan seorang kanak-kanak dan menyebabkan satu mangsa hilang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda