Oleh Daniel Lim
KUALA BELAIT, 16 April – Para penggemar dan pemain Yo Yo dari seluruh negara dan luar negara telah berhimpun bagi menyertai pertandingan Yo Yo yang diadakan selama dua hari di Pusat Membeli-belah KBSentral, di sini, baru-baru ini.
Pertandingan tersebut yang bermatlamat untuk mempamerkan dan menunjukkan bakat yang ada di kalangan belia, telah diadakan bersama oleh pihak pengurusan KBSentral dan Kelab Yo-Splinter dengan ditaja oleh Yo-Splinter.
Acara tersebut dimulakan dengan pertandingan X-Open Preliminary termasuklah 1A Preliminary, di mana ia dibahagikan kepada beberapa kategori seperti pertandingan Mini Most Eli-Hop, Mini Long Sleeper dan banyak lagi.
Sementara itu, di tempat pertama bagi pertandingan X-Open Preliminary dimenangi oleh Awangku Mohd Aiman dari Daerah Brunei dan Muara, disusuli oleh Awang Wafiq Missli dari Daerah Tutong dan peserta dari Daerah Belait, Stuart Yong.
Manakala, bagi pertandingan 1A Preliminary, tempat pertama telah dimenangi oleh Awang Wafiq Missli, diikuti oleh Awang Amereen dari Daerah Brunei dan Muara, dan Awang Fathan Jais dari Daerah Belait.
Bagi Kategori Long Sleeper telah dimenangi oleh Stuart Yong setelah mencatatkan masa selama tujuh minit lapan saat dan pemenang Kategori Most Eli-Hop dimenangi oleh Awangku Mohd Aiman.