Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pamer kehebatan gunting rambut

    TOKYO – Beratus-ratus penonton yang riuh, ramai yang bertatu, bersorak gemuruh baru-baru ini di arena Tokyo yang biasanya dikhaskan untuk tinju kecuali peserta kali ini bukan atlet, tetapi tukang gunting.

    Kira-kira 12 peserta Jepun dan dari luar negara mengambil bahagian dalam acara World Barber Classic, masing-masing mempamerkan kemahiran mendandan rambut sambil dikelilingi oleh bendera negara dan alunan lagu hip-hop.

    Acara itu adalah sebahagian daripada usaha industri gunting rambut Jepun yang sedang bergelut untuk menarik pelanggan lelaki muda yang menghilang daripada salun rambut dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang popular dengan perkhidmatan berkualiti tinggi mereka.

    “Di banyak negara, lelaki yang meminta tukang gunting memotong rambut mereka merupakan budaya yang sudah mapan, manakala di Jepun lelaki muda menggemari salun rambut,” beritahu penganjur pertandingan Sho Yokota kepada AFP.

    “Apa yang kami cuba capai adalah mengangkat poto-ngan rambut lelaki, atau gunting rambut, sebagai budaya untuk lelaki.”

    Tukang gunting menggunting rambut seorang model semasa acara World Barber Classic di Dewan Korakuen di Tokyo. – AFP
    Penonton menyaksikan pertandingan World Barber Classic di Dewan Korakuen, Tokyo. – AFP
    Peralatan digambarkan sebelum World Barber Classic di Tokyo. – AFP
    Tukang gunting Jepun, Takumasa Suzuki menggunting rambut model semasa pertandingan tersebut. – AFP
    Tukang gunting Korea Selatan ‘V’ menggunting rambut seorang model. – AFP
    Gambar AFP
    Penyokong tukang gunting Malaysia, Mohamad Qayyum bin Sanusi mengibarkan bendera kebangsaan semasa acara tersebut. – AFP
    Gambar AFP
    Tukang gunting Jepun Rintaro Tobari naik ke pentas sebelum acara World Barber Classic. – AFP
    Gambar AFP

    Budaya popular di Jepun yang diinspirasikan oleh idola band lelaki dan pelakon lelaki muda mendorong lelaki menerima gaya rambut yang lebih panjang dan bukannya gaya yang dicukur, dipotong atau penampilan rambut berkilat menggunakan gel rambut yang biasanya dikaitkan dengan tukang gunting.

    Trend TV pada peralihan abad yang menjadikan pendandan rambut terkenal sebagai ikon fesyen juga meningkatkan populariti salun rambut berbanding kedai gunting rambut tradisional.

    Terdapat kira-kira 110,000 kedai gunting rambut kini dibuka di Jepun, tetapi dua kali lebih banyak daripada salun.

    Kebanyakan tukang gunting rambut Jepun adalah warga emas tetapi generasi baharu kini telah muncul, berbekalkan dengan teknologi media sosial.

    Antaranya ialah peserta Shoma Sugimura, yang berjaya mara ke tiga perlawanan akhir pada Isnin.

    “Potongan rambut kami selalunya berdasarkan gaya lelaki,” beritahu lelaki berusia 29 tahun itu, yang leher dan kepalanya yang dicukur bertatahkan tatu, kepada AFP.

    Tukang gunting rambut yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu diuji ekspresi diri mereka pada hari Isnin, dengan masing-masing diberi masa seminit untuk memikat penonton dengan ucapan.

    Tukang gunting rambut di Jepun terkenal dengan kemahiran mereka, kata penganjur Yokota, tetapi sering dilihat sebagai kekurangan gaya persembahan.

    “Saya rasa rambut adalah lebih daripada sekadar rambut,” beritahu hakim Giancarlo Burgos, dari Los Angeles, kepada AFP.

    “Ia adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan diri sendiri, tetapi juga menghubungkan orang ramai. Ia adalah bahasa yang boleh difahami oleh sesiapa sahaja.”

    Seorang lagi peserta, Takumasa Suzuki, 32, memberitahu AFP dia cuba mencontohi budaya tukang gunting rambut Amerika untuk mengembalikan perniagaan dan mengekalkan perniagaan gunting rambut agar kekal hidup dan berdaya tahan.

    “Di Jepun, orang ramai hanya memilih potongan rambut yang moden dan bergaya, tetapi di Amerika Syarikat yang mempunyai pelbagai kaum, mereka mahu potongan rambut mereka melambangkan budaya dan warisan mereka sendiri,” katanya.

    “Jika kedai gunting rambut di Jepun boleh menjadi tempat di mana kami boleh membantu pelanggan menyatakan siapa mereka, maka saya tidak fikir kami akan lenyap.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda