Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pamer kreativiti, imaginasi cipta arca pasir

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 28 JUN – Lebih 90 peserta mempamerkan kreativiti dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai arca pasir dalam pertandingan mengukir pasir tahunan yang dianjurkan Brunei Brits di tepi pantai di Kelab Panaga.

    Disemarakkan dengan aiskrim dan snek lazat daripada pasukan Santuari, para peserta bersaing untuk membentuk arca yang diadili berdasarkan tiga kategori, iaitu arca tertinggi, paling kreatif dan paling menyerupai mercu tanda Britain.

    Selain hadiah yang disampaikan kepada pemenang dalam setiap kategori, dua kanak-kanak turut menerima hadiah istimewa setiap seorang untuk arca bebas kreatif mereka.

    Brunei Brits merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kehadiran semua keluarga yang mengambil bahagian dan berharap dapat mengadakan pertandingan dan aktiviti yang sama pada masa akan datang.

    Para peserta bergambar ramai bersama arca pasir yang mereka cipta. – GAMBAR SERAHAN BRUNEI BRITS
    GAMBAR SERAHAN BRUNEI BRITS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kes tikam: Remaja 14 tahun ditahan

    SYDNEY, 2 JULAI – Polis Australia telah menahan seorang remaja berusia 14 tahun hari ini ekoran insiden tikaman yang tidak membawa maut, mendorong kampus...