Oleh Daniel Lim –
ELAIT, 22 JULAI – Murid-murid tadika hingga Tahun 10 dari Sekolah St John mempamerkan kreativiti masing-masing ketika mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna semasa kunjungan khas oleh Jollibee ke sekolah tersebut, baru-baru ini.
Antara yang menjadi tumpuan semasa kunjungan itu ialah peraduan mewarna yang dianjurkan dan ditaja oleh Jollibee dengan kerjasama sekolah berkenaan.
Selain itu, maskot Jollibee yang turut membuat penampilan dan membuat sesi menari bersama, mengadakan permainan dan kejutan hadiah yang membuatkan murid-murid teruja.
Inisiatif itu telah menyatukan murid-murid dari seluruh peringkat darjah dan bergembira semasa menari bersama kawan-kawan dan guru-guru.