Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Pamer kreativiti melalui rekaan

    Oleh Amri HTZ –

    Mempunyai kemahiran untuk mengolah sekeping papan menjadi sebuah perabot unik merupakan suatu yang luar biasa. Hal ini lebih-lebih lagi jika proses pembuatannya hanya menggunakan peralatan terhad yang dimiliki.

    Walaupun memakan masa untuk menyiapkannya, namun hasil akhir yang hampir serupa seperti rekaan seorang profesional setentunya menjadikannya projek pembuatan lebih menyeronokkan seperti DIY kali ini.

    Barangan diperlukan

    Sekeping papan
    Gam kayu
    Wood stain
    Mesin pemotong kayu meja
    Mesin router
    Carving spiral router bit berbentuk V
    Kertas pasir
    Alat ratchet strap
    Pita pengukur

    LANGAH AWAL PEMBUATAN

    Sebelum memulakan langkah memotong sebahagian permukaan papan bagi membolehkannya dilenturkan, sebatang kayu akan dijadikan contoh sebagai percubaan awal sebelum melakukannya pada material sebenar. Gunakan kayu yang mempunyai ketebalan dan jenis yang sama dengan kayu yang akan dijadikan rekaan. (Gambar 2)

    Tebal kayu pada rekaan nanti lebih kurang 20mm, oleh itu penting untuk awda mendapatkan tebal yang sama pada kayu percubaan. Langkah mendapatkannya boleh dilakukan dengan cara mengetam kayu tersebut atau menggunakan mesin pemotong kayu meja. Sebanyak 15 jalur kayu dengan karak 1.66 sentimeter (cm) diperlukan untuk langkah ini. Carving spiral router bit berbentuk V akan digunakan untuk mereka jalur tersebut. (Gambar 3)

    Setelah berjaya melentur kayu dengan rekaan jalur tersebut, kini awda boleh melakukannya pada permukaan material sebenar. Pertama sekali tandakan kedudukan 30cm daripada bahagian hujung kayu rekaan berukuran 6 inci lebar dan 169.8cm panjang.

    Gambar 1. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 2. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 3. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 4. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 5. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 6. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 7. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 8. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 9. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 10. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 11. – Gambar oleh Well Done Tips
    Gambar 12. – Gambar oleh Well Done Tips

    Pada kedudukan inilah 15 jalur akan mula direka dengan jarak 1.66cm setiap satu. Tandakan permukaan kayu menggunakan sesiku sebagai panduan. (Gambar 4)

    REKA JALUR GUNA ROUTER

    Carving spiral router bit berbentuk V yang digunakan pada langkah ini merupakan khusus untuk mesin CNC. Namun diameternya bersesuaian untuk mesin palm router dan kelebihan bentuknya (V) membolehkan kayu yang dilenturkan akan menutupi sepenuhnya ruangan jalur direka nanti tanpa perlu menutupnya menggunakan campuran gam kayu dan habuk kayu. (Gambar 5)

    Tetapkan kedudukan carving spiral router bit berbentuk V dengan mengetatkan bolt pada bahagian tengah mesin. Pastikan kedalaman mata mesin tidak melebihi ketebalan kayu iaitu sekurang-kurangnya 17mm. Meninggalkan material potongan terlalu tebal akan menyebabkan ia sukar dilenturkan sekali gus berisiko patah. (Gambar 6)

    Bagi memastikan proses mereka jalur-jalur tersebut sempurna, gunakan sesiku sebagai penetap trek ketika menyorongkan router. Gunakan peralatan keselamatan untuk mata, telinga dan hidung ketika melakukan proses ini memandangkan habuk kayu yang terhasil daripada pemotongan akan menyebabkannya berterbangan. (Gambar 7)

    BERSIHKAN PERMUKAAN POTONGAN

    Setelah memotong jalur-jalur tersebut, bersihkan ruangannya menggunakan mesin pembersih hampagas. Ini penting bagi memastikan langkah melenturkan kayu dapat dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang sekatan. (Gambar 8)

    Selesai melakukannya, sapukan ruangan tersebut dengan gam kayu secara menyeluruh.

    Gunakan gam kayu yang berkualiti bagi memastikan cantuman kukuh. (Gambar 9)

    Selain ruangan jalur, bahagian kedua-dua hujung kayu juga akan disapukan dengan gam kayu. Namun sebelum itu dalam memastikan cantuman kukuh, pasak kayu akan digunakan pada bahagian hujung kedua-dua kayu. Dowel berdiameter 8mm akan digunakan sama ada terbuat daripada kayu mahupun buluh. (Gambar 10)

    BEBERAPA LANGKAH TERAKHIR

    Dalam mengekalkan kedudukan cantuman sementara menunggu gam kayu mengering, sekeping papan akan diletakkan pada bahagian tengah cantuman. Setelah itu ratchet strap akan diketatkan pada bahagian luaran rekaan.

    Bersihkan lebihan gam menggunakan kain basah dan biarkan gam mengering selama 24 jam. (Gambar 11)

    Setelah gam mengering, gosok permukaan rekaan menggunakan kertas pasir berukuran 400 grit. Ini diikuti dengan langkah melindungi atau mewarnakan permukaan kayu dengan wood stain. Dengan memasangkan pendakap pada bahagian belakang rekaan, ia kini boleh digantungkan pada ruangan rumah bersesuaian untuk menghiasinya. (Gambar 12)

    Tip pembuatan

    Selain menggunakan router, jalur-jalur pada kayu juga boleh direka menggunakan mesin pemotong kayu meja.

    Ruangan jalur yang terlalu ketara boleh ditutup dengan wood filler atau campuran habuk kayu dengan gam kayu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...