Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran 50 tahun ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Pameran sempena penubuhan 50 tahun ASEAN di negara ini anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan telah dirasmikan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, kelmarin.

    Perasmian pameran yang berlangsung selama dua hari, hingga hari ini itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Pameran yang disertai oleh kedutaan dan suruhanjaya tinggi ASEAN dan rakan dialog ASEAN ini mempamerkan maklumat dan produk mereka termasuk informasi hubungan dan sejarah ASEAN.

    Beberapa aktiviti sampingan seperti ceramah, aktiviti kebudayaan dan ASEAN Makan Fair juga diadakan untuk memeriahkan lagi pameran berkenaan.

    Dato Seri Paduka Haji Erywan merasmikan Pameran 50 Tahun ASEAN.
    Dato Seri Paduka Haji Erywan merasmikan Pameran 50 Tahun ASEAN.
    Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mengadakan lawatan ke salah satu petak pada pameran tersebut.
    Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mengadakan lawatan ke salah satu petak pada pameran tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda