Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Anjing Sedunia dikritik

    SHANGHAI, 30 April – Shanghai telah membuka sebuah pameran anjing terbesar di dunia hari ini tetapi aktivis haiwan dan pengkritik dalam talian mengutuk penganjur acara itu kerana penggunaan daging anjing yang meluas di negara itu.

    Pameran Anjing Sedunia yang dijalankan selama empat hari itu kali pertama diadakan di China, yang mana sekitar satu pertiga daripada anggaran 30 juta daging haiwan itu dimakan oleh manusia setiap tahun, menurut Humane Society International.

    The Kennel Club dari Britain, organisasi tertua di dunia, telah mengumumkan bahawa mereka mengendahkan acara tersebut, memetik kaedah kejam yang digunakan di China untuk menyembelih spesies kanin itu.

    “The Kennel Club tidak akan menghadiri pameran itu,” katanya dalam satu kenyataan di laman webnya.

    Pelbagai organisasi hak asasi haiwan telah melancarkan kempen terhadap keputusan oleh Pertubuhan Kanin Dunia yang berpusat di Belgium, dengan singkatan FCI, untuk menganugerahkan acara itu kepada China dan petisyen di laman sosial tindakan Care2.com yang telah menarik lebih daripada 700,000 tandatangan. Kumpulan aktivis berkata mereka menggunakan acara itu untuk menggalakkan pencinta anjing menjadikan anjing sebagai teman dan perdagangan daging yang berleluasa.

    “Ia adalah satu standard berganda yang memudaratkan pencinta anjing di seluruh China, yang kecewa dengan bagaimana perdagangan haram ini diteruskan,” kata Humane Society International dalam satu kenyataan. – AFP

    Seorang lelaki mengambil gambar dengan anjing Malta semasa Shanghai World Dog Show 2019 di Shanghai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda