Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Baginda Sultan diteruskan di PTE Sengkurong

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan pelajar-pelajar tentang latar belakang dan sejarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara berterusan, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Pusat Tingkatan Enam (PTE) Sengkurong telah mengadakan pameran bergerak ‘Wajah Kesayangan Rakyat’ di pusat berkenaan, kelmarin.

    Seramai lebih 600 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 atas dan bawah PTE Sengkurong, Sekolah Rendah Mulaut, Sekolah Menengah Masin dan guru-guru telah menghadiri pameran tersebut.

    Turut hadir di pameran tersebut ialah Pegawai Sejarah Kanan, Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad dan Pengetua PTE Sengkurong, Haji Jafri bin Haji Suhaili.

    Selain daripada pameran mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia, pelajar-pelajar juga berpeluang menyaksikan aktiviti seperti demonstrasi takapan batu nisan, pembuatan salasilah, pameran buku-buku Baginda Sultan, seni khat jawi dan jualan buku-buku terbitan Pusat Sejarah Brunei.

    Pengiran Hajah Mahani memberikan penerangan kepada Haji Jafri mengenai pameran tersebut.

    Adapun objektif pameran diadakan adalah untuk menguji para pelajar tentang sejarah Negara Brunei Darussalam khususnya dengan perkembangan negara sepanjang 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Di samping itu, pameran dan aktiviti berkenaan adalah bagi meningkatkan kesedaran para pelajar dalam mencintai dan menghargai sejarah serta menanam sikap patriotik para pelajar terhadap raja dan negara.

    PTE Sengkurong merupakan sekolah kelima yang dikunjungi oleh Pusat Sejarah Brunei melalui pameran bergerak bagi meraikan lagi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda