UNITED KINGDOM baru-baru ini telah mengadakan satu pameran yang diadakan hanya setahun sekali iaitu ‘The British Homing World Show of the year’ dan pameran ini merupakan pameran terbesar yang telah menghimpunkan penggemar burung merpati dari seluruh negara itu.
Pameran yang diadakan selama dua hari pada bulan Januari ini telah diadakan di daerah Blackpool. Sama ada anda merupakan ahli baru, seorang yang ingin tahu tentang burung merpati atau peminat tegar burung merpati, pameran ini berupaya untuk memberikan anda sesuatu.
Dari awal ia dibukakan untuk kunjungan orang ramai, pelbagai masyarakat sama ada dari organisasi perdagangan, pelbagai variasi kumpulan dan organisasi, filem, peminat muda burung merpati dan sebagainya telah berkunjung ke pameran itu sama ada untuk memberikan penilaian markah dan menyaksikan pelbagai jenis burung merpati di United Kingdom. Lebih daripada itu, pameran ini juga memberikan peluang kepada penggemar burung merpati untuk berkumpul dan berkongsi-kongsi idea serta pendapat.
Pameran yang diadakan di daerah Blackpool itu tidak diragukan lagi merupakan salah satu persembahan terbesar di dunia dan sering kali berjaya menarik sekitar 25,000 pengunjung untuk menyaksikan pameran itu. Pameran ini sering diadakan pada minggu ketiga pada bulan Januari setiap tahun.
“Kami memang memahami, daerah Blackpool akan sentiasa sibuk khususnya menjelang waktu hujung minggu. Setiap hotel, restoran, teksi dan juga kedai-kedai akan dipenuhi dengan penggemar-penggemar burung merpati bersama dengan keluarga mereka. Kami dengan rasa terbuka akan menerima kedatangan mereka kerana pameran ini juga berfungsi sebagai majlis keluarga,” kata salah seorang penduduk di daerah berkenaan.

Para penggemar burung merpati lazimnya akan membelanjakan sekitar 25,000 pound mahogany sehingga makanan burung merpati yang merangkumi jagung mentah dan sebagainya. Dalam pameran ini, sekitar beribu burung merpati akan ditukar, dijual dan dilelong dari harga 10 pound malah turut diadakan pertandingan perlumbaan burung merpati di mana tawaran sehingga 10,000 pound ditawarkan. Ada juga pengunjung ingin membeli telur-telur burung ini untuk mendapatkan baka jenis burung merpati tersebut.
Pameran ini sebenarnya diadakan untuk peminat muda burung merpati, isteri dan juga pasangan yang suka untuk berkunjung ke varia jenis pasaraya dan kedai. Selain itu, pameran ini juga berfungsi untuk menyatukan ikatan persaudaraan dan persahabatan di mana mereka ini akan datang dari varia lokasi daerah dan bertemu kembali dalam pameran ini setelah bersama-sama menjayakan pameran setahun yang lalu.
Setentunya, pameran ini juga menyediakan pelbagai variasi dan corak persembahan malah pameran itu mengenakan tema sebagai ruangan dunia burung merpati. Dianggarkan sekitar 2500 burung merpati di pamerkan dalam pameran itu dan kebanyakan burung merpati berusaha untuk memenangi setiap pertandingan di mana pemenang akan mendapat gelaran Juara Kelas Agung. Untuk memenangi gelaran ini, setiap burung merpati mesti menang persembahan burung merpati selepas 12 bulan yang lalu.
Terdapat banyak burung merpati cuba untuk memenangi gelaran itu malah ada sesetengah peminat tegar burung merpati dijemput untuk mengadili pertandingan itu. Pelantikan itu merupakan satu tugasan khas yang membanggakan buat pengadil tersebut.
Selepas sahaja segala usaha keras itu berjaya dijalankan, kutipan duit kembali dikira. Semua pendapatan daripada pameran itu akan didermakan kepada pelbagai agensi amal. “Kami sangat menyokong akan acara pameran itu kerana organisasi ini setiap tahun akan dapat melanjutkan kembali penyelidikan mengenai penyakit pernafasan. Sekarang, kami juga sudah mempunyai sekitar 440,000 pound kutipan derma,” kata salah seorang organisasi amal kepada media.

Membantu warga emas juga merupakan salah satu organisasi yang menerima manfaat daripada hasil pendapatan itu di mana sekitar suku dari sejuta pound akan didermakan kepada organisasi itu semenjak 15 tahun yang lalu. “Sekarang kami mempunyai sekitar 29 mini bas dan berjalan mengelilingi UK dengan menggunakan logo kami. Manakala selebihnya akan diserahkan kepada agensi-agensi amal lain yang telah dicadangkan oleh para ahli persatuan termasuk agensi amal kanser dan hospis.
Sejarah pameran
Persembahan tahunan, The British Homing ini mula diasaskan pada tahun 1972 apabila RPRA Pengurus besar, Len Lewis mengutarakan beberapa idea untuk mengadakan persembahan burung merpati kawasan daerah.
Dengan bantuan daripada peminat burung merpati di Nottinghamshire dan Yorkshire, persembahan pertama telah diadakan pada tahun 1973 di Doncaster Racecourse Komplex. Kemudian satu keputusan telah diraih di mana mana-mana keuntungan yang diperolehi melalui persembahan ini akan dihulurkan setengahnya kepada mana-mana agensi amal di negara itu.
Salah seorang ahli dalam persatuan itu mempunyai seorang cucu perempuan yang telah mengalami penyakit spina bifida dan selepas sahaja persembahan pertama itu, sumbangan telah dihulurkan kepada organisasi Spina Bifida dan Hydrocephalus (ASBAH). Kemudian pada tahun 1977, persembahan itu diteruskan apabila organisasi Federasi Colombophile International mengarahkan RPRA untuk menghoskan ke peringkat antarabangsa Olympiad.
Ukuran persembahan itu kemudian menggesa pihak ahli jawatankuasa untuk mencari ruang lokasi yang lebih besar dan sehingga ia dipindah ke Winter Garden di daerah Blackpool dan kekal diadakan di kawasan ini setiap tahun termasuk pada tahun ini.