Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Canton ke-133 April ini

    GUANGZHOU, 30 JAN – Pameran Import dan Eksport China atau Pameran Canton ke-133 akan diadakan semula secara fizikal pada 15 April, kata Ketua Pengarah Pusat Perdagangan Luar China, Chu Shijia pada Sabtu.

    “Pameran itu akan diadakan dalam tiga fasa dengan kawasan pamerannya diperluaskan daripada 1.18 juta meter persegi kepada 1.5 juta meter persegi.

    “Ia antara temasya ekonomi dan perdagangan antarabangsa berskala besar selepas China melaksanakan dasar terbaharu mengenai pembendungan COVID-19,” katanya.

    Menurut maklumat, setakat ini, lebih 40,000 syarikat telah memohon untuk menjadi pempamer dan jumlah reruai dijangka meningkat kepada hampir 70,000 berbanding 60,000 sebelum ini. – Bernama

    Pameran Canton pada 14 Oktober 2022. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda