Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pameran CIIE sambut lebih banyak firma global

    SHANGHAI, 16 JAN – CIIE ke-7 akan memulakan satu siri global dari 15 hingga 24 Januari di negara Asia Tenggara, termasuk Vietnam, Thailand, Malaysia, dan juga menjemput banyak perniagaan untuk menyertai pameran CIIE 2024.

    Pada seminar pameran CIIE yang diadakan di Geneva, Switerland pada 6 Disember, Biro CIIE menandatangani MOU dengan Switzerland untuk menyertakan lebih banyak perniagaan, terutama SMEs pada pameran CIIE ke-7 itu.

    “CIIE menunjukkan sokongan China terhadap Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pembangunan yang mampan tahun 2030,” kata Sun Chenghai, timbalan pengarah Biro CIIE. Ia juga bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat global terutamanya dari negara maju dan yang kurang maju untuk membuka potengsi perdagangan dan pembangunan.

    Sebagai pameran pertama peringkat nasional di dunia, CIIE juga telah dipuji oleh ramai pihak sebagai platform yang hebat dalam mempamerkan inovasi tahunan dengan cara melibatkan diri dengan berbagai pihak untuk bertukar idea. – Bernama

    Pameran CIIE ke-6 di Shanghai telah berjaya diadakan pada 5 hingga 10 November 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...