KOTA KINABALU, 1 Nov – Sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin ke-65, Jabatan Mu-zium Sabah mengadakan dua segmen pameran khas iaitu ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ dan ‘Muzik Retro Sabah era 60an dan 70an’ berlangsung di muzium itu bermula hari ini.
Pameran yang akan berlangsung sehingga Februari tahun depan itu dirasmikan oleh Tun Juhar dan turut dihadiri isterinya Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
Ketibaan mereka berdua di muzium itu disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani serta Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong.
Objektif pameran itu adalah untuk memaparkan kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan serta aktiviti sosial kemasyarakatan Tun Juhar sebagai payung perpaduan dan kesejahteraan rakyat. – Bernama