Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran hiasan seri suasana perayaan

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – NBT Brunei meneruskan tradisinya meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan pameran hiasan perayaan menawan di NBT Hill, Gadong.

    Sehubungan itu, majlis perasmian dan menghidupkan lampu pameran telah dihadiri oleh jemputan-jemputan khas bagi sama-sama menyaksikan pameran penuh warna-warni berkenaan dinyalakan.

    Pameran perayaan yang terletak di hadapan Bilik Pameran Toyota di Gadong berkenaan bukan sahaja memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tetapi juga merupakan lambang perpaduan, kesyukuran dan perayaan.

    Hadir menyempurnakan penyalaan pameran berkenaan ialah Pengarah Urusan NBT Brunei, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin.

    Semasa pelancaran itu, beliau merakamkan penghargaan atas sokongan masyarakat dan menyatakan bahawa Hari Raya merupakan perayaan keriangan dan perpaduan di mana ia menyatupadukan masyarakat dalam semangat perayaan.

    Beliau berkata pameran itu diharap akan dapat menyebarkan rasa keriangan dan meningkatkan suasana perayaan.

    Bagi pihak NBT Brunei, tambahnya, beliau turut menyampaikan ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan semoga musim perayaan berkenaan membawa kegembiraan, kesihatan dan kemakmuran kepada semua.

    Pameran hiasan itu menampilkan gabungan unsur-unsur budaya dan perayaan, direka dengan teliti untuk menandakan kemeriahan Hari Raya. Warna hijau, melambangkan keamanan dan kemakmuran, dipadankan dengan corak Islamik serta hiasan perayaan yang meriah. Ia dikelilingi oleh bunga api berwarna-warni, tanglung dan hiasan ketupat tenunan.

    Dalam premis yang sama, Bilik Pameran Lexus meningkatkan suasana perayaan dengan elemen hiasan yang serupa, termasuk pelita (lampu minyak) dan gerbang berinspirasi masjid.

    Bersinar terang sehingga pukul 1 pagi setiap malam, ia menyediakan latar belakang yang sempurna untuk keluarga, rakan dan peminat fotografi untuk merakam detik istimewa Hari Raya.

    Gambar ramai dengan pameran hiasan perayaan menawan di NBT Hill, Gadong. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda