SHENZHEN, CHINA, 3 NOV – Winner Medical, pengeluar yang terkemuka bagi produk penjagaan luka dan pembedahan pakai buang, bersiap sedia untuk mempamerkan set penuh penyelesaian canggihnya untuk penjagaan luka serta pencegahan jangkitan di MEDICA 2021 yang dijadualkan berlangsung mulai 15-18 November di Düsseldorf, Jerman.
Mengadakan pameran di Dewan 6, petak A10, Winner Medical akan mempamerkan produk rawatan kesihatan dan kelengkapan hospital yang disertakan dengan inovasi yang dapat mengatasi cabaran yang dihadapi oleh kakitangan perubatan global dan menyediakan penjagaan optimum bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.
“Komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk meningkatkan keselamatan pesakit dan golongan profesional perubatan telah menjadikan Winner Medical sebagai pakar dalam pengurusan luka dan kawalan jangkitan bilik bedah.
Kami telah memanfaatkan teknologi yang utama dalam industri untuk mencipta pelbagai jenis penyelesaian penjagaan luka dan pembedahan perintis,” kata Jianquan Li, Ketua Pegawai Eksekutif Winner Medical.
Di MEDICA 2021, Winner Medical akan mempamerkan portfolio penjagaan luka canggihnya yang terkini berdasarkan kepada lima teknologi teras – silikon, pembusa, antimikrob, biotek-nologi dan gentian gel – direka bentuk untuk mengelakkan kerosakan kulit, mengurus pelbagai luka yang rumit dan menggalakkan kitaran penuh proses penyembuhan luka.
Dengan pensijilan daripada NMPA China, Conformitè Europëenne (CE) EU serta kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., produk Winner Medical telah digunakan secara meluas oleh golongan profesional kesihatan di lebih 110 negara sebagai penyelesaian utama untuk merawat luka akut dan kronik yang disebabkan oleh diabetes, ketidakbolehgerakan, penyakit vena serta kecederaan traumatik, melecur, pembedahan invasif dan sebab-sebab yang lain. – Bernama