Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Israk Mikraj

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Bagi menyemarakkan Sambutan Israk Mikraj 1439H, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), telah mengadakan Pameran Israk Mikraj 1439H KUPU SB yang diadakan di dewan serba guna, kolej universiti berkenaan.

    Pameran yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini itu dibukakan untuk kunjungan orang ramai, mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB serta pelajar-pelajar sekolah bermula 8 pagi sehingga 4:30 petang.

    Ia diisikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Tahsin Solat, Tahsin Wuduk, Tahsin Al-Fatihah, Perubatan Islam, Kelab Belia KUPU SB, Peranan Guru, Ar-Rafi Archery dan Sudut Sunnah.

    Pelbagai gerai jualan turut diadakan sepanjang pameran itu seperti jualan minuman dan makanan, pondok gambar, khat, Butik Khadijah dan jualan buku.

    Antara pelajar yang berkunjung ke pameran itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda