Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Kebaya di Hab Tenaga Dermaga Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Pakaian tradisional pelbagai kaum di negara ini yang merupakan warisan tamadun dan peradaban sejak  zaman berzaman perlu terus dipelihara dan ditonjolkan kepada masyarakat agar ia tidak dilupakan.

    Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Pameran Kebaya: Pengetahuan, Kemahiran, Tradisi dan Amalan, pagi hari ini di Galeri 4, Hab Tenaga Dermaga Diraja, di ibu negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan Pameran Kebaya berkenaan ialah Menteri Pendidikan / Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh yang juga selaku Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO di Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah menyaksikan salah satu kebaya yang dipamerkan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda