Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pameran kebudayaan rai ulang tahun Kemboja-China

    PHNOM PENH, 28 MEI – Seniman Kemboja dan China, kelmarin bersama-sama mempersembahkan tarian tradisional, muzik, akrobatik dan seni mempertahankan diri di sini untuk meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dan persahabatan antara kedua-dua negara.

    Dipersembahkan oleh artis dari Northwest Minzu University of China, Royal University of Fine Arts dan Circus School of Cambodia, pertunjukan kebudayaan berkilauan, yang diadakan di Teater Chenla, telah menarik kira-kira 600 penonton.

    Bercakap pada majlis perasmian persembahan itu, Menteri Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja, Phoeurng Sackona berkata persembahan itu penting untuk mempromosikan lagi pertukaran budaya dan pelancongan kedua-dua negara.

    “Ini adalah kali pertama artis dari China datang membuat persembahan di Kemboja sejak bermulanya wabak COVID-19,” katanya.

    Sackona mengucapkan terima kasih kepada China kerana telah memberikan sejumlah besar bantuan kepada Kemboja untuk pembangunan sosioekonomi dan pengurangan kemiskinan.

    “Hubungan semasa Kemboja-China telah mencapai tahap tertinggi dalam sejarah kami. Kami adalah saudara, kawan dan rakan kongsi yang terbaik,” katanya.

    Duta Besar China ke Kemboja Wang Wentian berkata pertukaran hubungan mesra China-Kemboja bermula sejak 1,000 tahun lalu, dan sejak penubuhan hubungan diplomatik 65 tahun lalu, kedua-dua negara sentiasa menghormati, menyokong dan membantu antara satu sama lain. – Xinhua

    Seniman membuat persembahan semasa acara meraikan ulang tahun ke-65 tahun China, Kemboja di Phnom Penh, Kemboja pada 27 Mei. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...