CHENGDU, 30 OGOS – Pameran Kereta Antarabangsa Chengdu ke-24 membuka tirainya kelmarin yang menyaksikan sekitar 1,500 buah kereta daripada lebih 120 jenama dalam dan luar negara dipertontonkan pada acara selama 10 hari itu.
Kali ini lebih 15 pengeluar kereta tenaga boleh baharu turut menyertai pameran tersebut, sekali gus merekodkan jumlah penyertaan terbesar dalam sejarah.
“Pasaran automobil China kembali mencatatkan pertumbuhan, dan trend perkembangan sektor berkenaan ke arah lebih baik dalam jangka panjang tidak berubah,” kata Penolong Presiden Submajlis Automobil Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (Auto-CCPIT), Chai Zhanxiang.
Berdasarkan statistik Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), jualan keseluruhan kenderaan China mencecah 14.75 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, naik 19.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. – Bernama