Monday, July 8, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Pameran Kerjaya tahunan UBD hujung bulan ini

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan mengadakan Pameran Kerjaya tahunan pada 28 hingga 30 Jun nanti di Dewan Canselor, UBD.
     
    Selaras dengan tema Your Next Quest Awaits, Pameran Kerjaya UBD akan menampilkan 37 majikan daripada pelbagai industri termasuk pendidikan, kewangan, insurans, makanan dan minuman, komunikasi, dan beberapa agensi kerajaan.
     
    Lebih 200 jawatan sepenuh masa, sambilan dan latihan amali akan ditawarkan oleh sektor awam dan swasta serta organisasi tempatan dan antarabangsa yang akan menyediakan banyak prospek menarik untuk pelajar dan graduan pendidikan tinggi.
     
    Acara tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara UBD dan rakan-rakan industrinya, meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan graduannya sambil menyelaraskan jangkaan industri dengan graduan sedia masa depan UBD.
     
    Aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk temu duga secara langsung, semakan CV dan sesi bersemuka dengan pembimbing kerjaya UBD.
     
    GAMBAR SERAHAN UBD
    GAMBAR SERAHAN UBD
    GAMBAR SERAHAN UBD
    GAMBAR SERAHAN UBD
    Dianjurkan oleh Pusat Rangkaian, Pekerjaan dan Latihan UBD (UBD CoNECT) dan disokong oleh Pejabat Perhubungan dan Kemajuan Alumni (OARA), pameran itu akan menyediakan platform untuk pelajar UBD, alumni dan orang ramai bagi melibatkan diri dengan bakal majikan mereka.
     
    Di samping itu, kempen derma darah juga akan diadakan dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada 28 dan 29 Jun.
     
    Penderma darah boleh menempah slot melalui aplikasi mudah alih BloodKad bagaimanapun walk-in juga dialu-alukan.
     
    Selain itu, pelbagai aktiviti pra-acara juga akan diadakan termasuk Forum Kerjaya dan Ceramah Kerjaya dengan pakar industri yang bertujuan untuk menyediakan pelajar, graduan, alumni dan pencari kerja bagi memasuki tenaga kerja.
     
    Forum Kerjaya akan diadakan pada 27 Jun di Teater Kuliah 2, bangunan tambahan Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS).
     
    Manakala itu, Ceramah Kerjaya akan diadakan pada 20 Jun di Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), UBD. 
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...