Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Pameran ketengah lebih 200 produk premium 1K1P

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Lebih 200 jenis produk premium Satu Kampung Satu Produk (1K1P) telah diketengahkan semasa pameran produk-produk 1K1P dari keempat-empat daerah yang berlangsung di The Mall, Gadong.

    Pameran anjuran Syarikat Seri Nova dengan kerjasama majlis-majlis perundingan kampung (MPK) dan juga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) itu mengetengahkan produk-produk yang dihasilkan oleh MPK-MPK berkenaan.

    Pengarah Urusan, Syarikat Seri Nova Food, Jessie Lim berkata, “Kami berusaha membantu mengembangkan lagi kualiti produk 1K1P ini dengan wajah baharu untuk diperkenalkan kepada orang ramai hari ini, misalnya dari segi bungkusan dan sebagainya. Usaha ini bertujuan meningkatkan kualiti 1K1P yang sedia ada kepada tahap yang setanding dengan produk premium.

    “Selain itu, usahawan-usahawan terlibat juga dilatih untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan mempunyai pembungkusan serta jenama yang bertaraf premium di pasaran,” ujarnya.

    Menurut ahli Lembaga Pengarah Syarikat Seri Nova Food, Datin Hajah Salmah binti Haji Hanafiah, pameran tersebut bertujuan mempromosikan lagi produk-produk 1K1P yang telah ditambah nilai dari segi rasa, warna dan reka bentuk mengikut permintaan semasa. Ia juga ditambah baik dengan penggunaan pembungkusan produk dan label yang berkualiti bagi memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.

    Ia adalah selaras dengan hala tuju program 1K1P bagi mengangkat dan mengiktiraf produk-produk IK1P yang berkualiti dan berpotensi untuk dikomersialkan di pasaran di samping menambah pendapatan, membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan sosioekonomi masyarakat sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan Brunei 2035.

    Datin Hajah Salmah dan Jessie Lim bergambar bersama produk yang diketengahkan pada pameran yang diadakan di The Mall, Gadong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...