Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pameran Pahlawan Terracotta promosi budaya Cina di Jepun

    TOKYO – Sempena memperingati ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan diplomatik China-Jepun, pameran Terracotta Warriors and Ancient China: Heritage from the Qin and Han Dynasty dibuka baru-baru ini di Muzium Diraja Ueno di Tokyo, bahagian terakhir jerayawara pameran selama hampir setahun di Jepun.

    “Saya rasa Pahlawan Terracotta juga harus dipanggil duta, kerana mereka, seperti panda gergasi, boleh membuatkan orang ramai terpukau dengan daya tarikan China ke mana sahaja mereka pergi,” kata ahli sejarah Jepun dan profesor kehormat Universiti Gakushuin, Kazuyuki Tsuruma.

    Pada tahun 1974, selepas tentera Terracotta ditemui, ia menimbulkan sensasi di seluruh dunia.

    Pada tahun 1976, pameran pertama Pahlawan Terracotta di luar negara telah diadakan di Jepun.

    Tang Qishan, kurator pameran dan pengarah eksekutif Persatuan Kebudayaan Jepun-China, berkata, “Pada masa itu, kira-kira 1.5 juta orang beratur untuk melawat Muzium Negara Tokyo.

    Pengunjung tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran di Muzium Diraja Ueno di Tokyo, Jepun. – Xinhua

    “Popularitinya juga sama hebat dengan panda gergasi yang datang ke Jepun.”

    Pameran sebelumnya di Kyoto, Shizuoka dan Nagoya mencatat kejayaan besar dengan 240,000 pelawat, kata Tang.

    “Apa yang lebih menggembirakan kami ialah terdapat begitu ramai anak muda dalam kalangan penonton.

    “Kami sangat berpuas hati dengan semangat yang ditunjukkan oleh orang muda Jepun terhadap budaya Qin Cina,” tambahnya.

    Dengan sejumlah 121 set relik budaya dari institusi budaya dan muzium di wilayah Shaanxi dan Hunan China, pameran besar-besaran itu dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Qin on the Eve of Reunification, The Birth of the Unified Dynasty, dan The Prosperity Dinasti Han.

    Pahlawan Terracotta dan Kuda, artifak batu, barangan gangsa dan objek lain yang dipamerkan datang dari era Dinasti Zhou Barat hingga Dinasti Han Timur.

    Guo Xiangdong, Timbalan Pengarah Muzium Tapak Makam Maharaja Qinshihuang, berkata, “Awda boleh mendapatkan pandangan menyeluruh secara dekat segala butiran Pahlawan Terracotta dan Kuda yang dipamerkan, dan memberitahu spesies dan pangkat pahlawan berdasarkan perisai dan topi besi mereka.”

    Di dewan pameran, salah satu objek yang dipamerkan, kereta gangsa dan kuda Nombor 2, kelihatan dikelilingi oleh lingkaran karya manga.

    “Ia adalah siri manga Jepun yang sangat popular bertajuk Kingdom, dengan latar belakangnya wujud semasa Dinasti Qin dan Han.

    “Awda boleh melihat kereta perang gangsa dan kuda yang digambarkan dalam manga,” jelas Guo.

    Pameran ini memberikan peluang terbaik kepada lebih ramai anak muda Jepun untuk mempelajari tentang sejarah dan budaya Cina purba melalui peninggalan budaya hidup, kata Tsuruma.

    “Pameran peninggalan budaya adalah cara terbaik untuk pertukaran budaya rakyat dengan rakyat, dan saya berharap duta Terracotta dapat memainkan peranan yang lebih baik dalam mempromosikan pertukaran dan persahabatan antara kedua-dua rakyat,” kata Tsuruma. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...