Saturday, June 29, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Pameran pengurusan kewangan Islam di Kompleks YSHHB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Perasmian Pameran Pengurusan Kewangan Islam anjuran Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri  Begawan (KUPU SB), Kementerian Hal Ehwal Ugama berlangsung hari ini bertempat di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di ibu negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan pameran berkenaan, Timbalan Menteri Kewangan dan  Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Turut hadir, Timbalan setiausaha tetap Kementerian Kewangan dan ekonomi, pengarah-pengarah urusan dan ketua eksekutif serta perwakilan daripada agensi-agensi kewangan Islam tempatan dan YSHHB.

    Terdahulu, Ra’es KUPU SB, Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani selaku pengerusi jawatankuasa kerja Pameran Pengurusan Kewangan Islam dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa pengurusan kewangan yang teratur dan bersistematik akan membantu mensejahterakan kehidupan kita di muka bumi, sejajar dengan tuntutan Maqasid al-Syari’ah iaitu melindungi harta.

    Selain itu, perlunya inisiatif baru bagi mengubah sikap diri kita dalam pengurusan kewangan menjadi lebih berhemah dan terancang.

    Beliau seterusnya menambah, Negara Brunei Darussalam semakin bergiat aktif dalam mengaplikasi prinsip-prinsip Islam yang patuh syariah dalam sistem pengurusan termasuk bidang kewangan dan ekonomi.

    Tetamu kehormat majlis menyaksikan Pameran Pengurusan Kewangan Islam, KUPU SB.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...