Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran peringati penubuhan Jabatan Penjara

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Sempena memperingati penubuhannya yang ke-64, Jabatan Penjara telah mengadakan Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara di One Station Kampung Mentiri bermula hari ini hingga 1 April.

    Perasmian ekspo dan jualan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat yang seterusnya turut melihat lebih dekat lagi hasil kerja tangan oleh penghuni Program Perusahaan serta Pertanian.

    Ketua Pengajar, Jabatan Penjara, Awang Mohd Hilmi bin Haji Wasli ketika ditemu bual menjelaskan, ekspo dan jualan seumpama ini diadakan setiap tahun bersempena dengan penubuhan jabatan berkenaan dan untuk ekspo kali ini, beberapa produk baru diketengahkan kepada orang ramai.

    Beliau seterusnya menambah, produk yang dipamerkan seperti meja seterika, meja bilik tamu, rak serba guna, set penyalaian, sayur, buah-buahan dan sebagainya merupakan produk yang dihasilkan para penghuni yang mengikuti program tersebut di institusi jabatan berkenaan.

    Haji Ismail semasa mengadakan lawatan sekitar Pameran dan Jualan Jabatan Penjara.

    “Dengan adanya ekspo dan jualan seperti ini, ia dapat memberigakan kepada masyarakat akan amalan pemulihan yang dilaksanakan khusus melalui Latihan Vokasional dan Kemahiran,” tambahnya.

    Menurut beliau, sambutan orang ramai terhadap produk yang dihasilkan oleh penghuni di jabatan itu adalah menggalakkan, di mana kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kualiti penghasilan produk berkenaan.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah di alu-alukan untuk menyokong dan berkunjung ke pameran dan jualan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda