BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Pusat Membeli-Belah Times Square akan menganjurkan Pameran Perkahwinan Edisi ke-7 di atrium pusat membeli-belah berkenaan pada 1 hingga 5 November ini.
Pameran yang akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu memfokuskan ke atas tempat-tempat yang boleh dipilih oleh bakal pasangan pengantin untuk mengadakan majlis resepsi mereka, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Membeli-Belah Times Square.
Para peserta pameran itu nanti termasuk Hotel Parkview, Hotel Starlodge, Hotel Garden Sentral, Aman Hill, Anthony Tours & Travel Agency, The Faceshop, Yasmieenzara Boutique, Anazahra Boutique dan Happy star.
Di samping itu, beberapa aktiviti juga akan diadakan sepanjang acara berkenaan termasuk kuiz-kuiz, Pertandingan Memasang Sinjang, demonstrasi mekap (oleh hazimah_beauty) dan banyak lagi.