Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Pertahanan Antarabangsa dibuka di UAE

    ABU DHABI, 18 FEB – Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa 2025 bersama Pameran Pertahanan Tentera Laut dan Keselamatan Maritim, dibuka di ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor Xinhua.

    Acara itu menarik penyertaan 1,565 syarikat pertahanan dari 65 negara yang mempamerkan teknologi dan penyelesaian pertahanan terkini bagi mempromosikan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

    Ruang pameran tahun ini diperluaskan sebanyak 10 peratus, dengan penyertaan tujuh negara baharu serta 731 syarikat baharu.

    Syarikat pertahanan terkemuka China turut mengambil bahagian dengan mempamerkan pelbagai peralatan tentera laut, termasuk kapal permukaan, kapal selam, senjata bawah air dan sistem tanpa pemandu serta produk dari sektor pertahanan lain seperti darat, udara dan angkasa.

    Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut berkenan melawat pameran itu dan Baginda bertitah ia telah menjadi platform utama bagi industri pertahanan global, menarik penyertaan syarikat serta pakar terkemuka dunia dalam usaha memacu kemajuan keselamatan dan kestabilan antarabangsa.

    Acara itu akan berlangsung sehingga 21 Februari, dengan persidangan mengenai topik utama seperti keselamatan siber, keselamatan angkasa, kecerdasan buatan dan pertahanan moden turut diadakan sepanjang pameran. – Bernama

    Seorang pengunjung memeriksa senjata semasa Pameran Pertahanan Antarabangsa 2025 di Abu Dhabi pada 17 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda