Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran promosi seni kaligrafi

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Sekolah Menengah Chung Ching

    BELAIT, 27 NOV – Dalam usaha mempamerkan kemahiran seni tradisional, Sekolah Menengah Chung Ching (CCMS), Seria baru-baru ini menganjurkan Pameran Kaligrafi dan Seni Brunei yang menyaksikan pelbagai kanvas dengan seni kaligrafi telah dipamerkan di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Satu majlis pembukaan telah diadakan baru-baru ini di mana artis kaligrafi yang dijemput dari seluruh daerah telah berkumpul untuk mempamerkan seni tradisional itu.

    Pengetua sekolah, Sim Jeng Siang, dalam ucapannya mengatakan meskipun akti-viti kebudayaan tersebut pada lazimnya tidak popular, ia tidak harus dilupakan tetapi harus dipromosi dan disebar secara aktif kepada masyarakat dan kanak-kanak, terutamanya pelajar kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk dan mempelajari dan menghayati seni budaya tersebut.

    “Menyebar budaya tradisional itu juga merupakan salah satu misi sekolah dan saya berasa gembira melihat sokongan padu yang diberikan oleh lembaga pengarah dan guru kaligrafi apabila konsep pameran kaligrafi dan seni diusulkan.”

    Beliau menambah dengan respons yang memberangsangkan daripada guru-guru Cina di sekolah berkenaan, mereka berjaya menyumbang kepada kejayaan pameran tersebut.

    Untuk meraikan acara itu, sekolah juga menambah beberapa elemen kebudayaan Cina, termasuk memotong mohor dan seni teh yang jarang dilihat dalam negara, justeru membantu mempromosi budaya tersebut.

    “Pameran Kaligrafi dan Seni Brunei mempamerkan kerja-kerja oleh guru kaligrafi dan seni tempatan di Brunei. Namun disebabkan kekurangan pengalaman dan masa, semua kerja tidak dapat dikumpul untuk pameran,” tambahnya.

    Sebagai sebahagian inisiatif sekolah untuk mempromosi kemahiran seni pendatang baharu, kerja-kerja mereka juga turut diketengahkan. Di samping kerja kaligrafi, terdapat juga reka bentuk poster daripada pelajar CCMS yang dipamerkan, yang diharapkan akan mendedahkan bakat kreatif mereka dalam acara itu.

    Pameran itu dijangka berlangsung selama 10 hari sehingga 30 November.

    Salah seorang guru kaligrafi menunjukkan seni penulisan semasa pembukaan pameran kaligrafi di Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Chung Ching, Seria baru-baru ini.
    Antara karya kaligrafi yang dipamerkan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda