SATU pameran blockbuster terhadap seni Vermeer telah dibukakan untuk kunjungan orang ramai baru-baru ini yang mana bertujuan untuk meyakinkan satu tanggapan mitos bahawa pelukis legenda dari Belanda itu adalah seorang genius yang tinggal bersendirian malah bekerja secara bersendirian di rumah dalam menghasilkan beberapa seni yang unggul dan terkenal di seluruh dunia.
Muzium Louvre di Paris telah mengumpulkan satu pertiga daripada kanvas pelukis itu yang dicipta pada abad ke-17 untuk dipersembahkan kepada kunjungan orang ramai. Sebanyak 60 lukisan telah dikumpulkan buat kali pertama setelah kebanyakan hasil pelukis itu terpisah selepas sahaja kematiannya.
“Kami mahu menghapuskan satu stereotaip terhadap Vermeer sebagai ‘Sphinx of Delft,” kata Blaise Ducos kepada wartawan AFP. Blaise bertanggungjawab terhadap himpunan koleksi seni itu di beberapa buah muzium seperti Muzium Lukisan di Belanda. Walaupun kebanyakan seni yang dihasilkan oleh tokoh itu merupakan satu lukisan yang agung dan terkenal di seluruh dunia namun Vermeer telah dilupakan apatah lagi selepas sahaja kematiannya pada tahun 1675.
Reputasi pelukis seni hebat ini hanya berjaya dihidupkan semula pada abad ke-19. Kebanyakan individu tidak mengetahui tentang sejarah bibliografi Vermeer kerana hanya sedikit sahaja informasi yang diperolehi tentang tokoh itu. Pelukis hebat itu meninggal dunia dalam kemiskinan dan beliau diandaikan melakukan kerja-kerja seni secara bersendirian di rumah beliau di Delft.
Kebanyakan karya seni beliau kecuali sebuah lukisan iaitu sebanyak 34 karya seni lukisan telah dipamerkan dan dilekatkan ke dinding. Antara karya seni beliau ialah ‘Girl with a Pearl Earring’ hingga ‘The Music Lesson’ yang mana seolah-olah menunjukkan bahawa Vermeer seorang yang jarang untuk keluar rumah.
![Kebanyakan seni yang dihasilkan oleh tokoh itu merupakan satu lukisan yang agung dan terkenal di seluruh dunia namun Vermeer telah dilupakan apatah lagi selepas sahaja kematiannya pada tahun 1675. – AFP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/3-M11_240217.jpg)
![Antara karya seni beliau ialah ‘Girl with a Pearl Earring’ hingga ‘The Music Lesson’ yang mana seolah-olah menunjukkan bahawa Vermeer seorang yang jarang untuk keluar rumah. – AFP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/2-M11_240217.jpg)
“Ketika Belanda bukanlah seperti bandar raya New York,” kata Ducos kepada wartawan AFP. Ducos dikenali sebagai salah seorang ahli seni yang terkenal dalam bidang seni, kuasa perdagangan dan pelukis yang sentiasa bertanding untuk meraih keuntungan dan kekayaan.
Persaingan sengit
“Vermeer meminjam beberapa pekakas lukisan dan idea-idea tentang seni daripada rakan-rakan beliau termasuk Gerrit Dou, Gerard ter Borch, Jan Steen dan Gabriel Metsu,” tambah Ducos kepada wartawan AFP. Kebanyakan karya-karya seni yang dihasilkan oleh rakan-rakan beliau turut dipamerkan dalam pameran tersebut.
“Vermeer dan rakan-rakan beliau sentiasa ingin mencuba untuk mengatasi kerja masing-masing dalam memperlihatkan kehebatan teknikal dan fungsi estetik mereka,” kata Adriaan Waiboer dari National Gallery of Ireland dan telah bekerja dengan organisasi tersebut selama enam tahun. “Persaingan kreatif mereka menyumbang kepada satu kualiti yang sangat tinggi terhadap karya mereka,” tambah Adriaan lagi kepada wartawan.
Manakala lukisan ‘Girl with a Pearl Earring’ tidak akan dibawa keluar dari The Hague malah lukisan ini dilukis oleh Vermeer dan dinobatkan sebagai satu ikon karya yang paling agung namun lukisan ‘The Milkmaid’ telah dipinjamkan ke Muzium Louvre untuk dipamerkan kepada orang ramai dan selepas itu, lukisan tersebut akan diterbangkan ke Dublin dan juga Washington D.C. Sebuah lukisan yang dikenali sebagai ‘Mona Lisa of The North’ telah dianggap sebagai satu simbol buat negara Belanda dan beberapa wilayah di luar Belanda.
“Karya seni yang dihasilkan oleh Vermeer mempunyai peranan yang besar dalam kesedaran kolektif,” tegas Ducos kepada wartawan AFP. Semasa Vermeer di lahirkan, Belanda dikenali sebagai sebuah negara yang terkaya ketika itu. Negara itu merupakan sebuah negara kelahiran kapitalisme moden, harta yang banyak membina tentera laut yang kuat dan berkembang pesat terhadap pertalian dengan syarikat-syarikat India Timur.
![Muzium Louvre di Paris telah mengumpulkan satu pertiga daripada kanvas pelukis itu yang dicipta pada abad ke-17 untuk dipersembahkan kepada kunjungan orang ramai. – AFP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/4-M11_240217.jpg)
Pelukis seni yang hebat dan berbakat itu turut melukis beberapa lakaran lukisan yang berbentuk bunga dan ditemani dengan beberapa orang artis seni yang diketuai oleh Rembrandt dan Frans Hals malah tokoh-tokoh seni ini telah menghasilkan banyak kerja seni di Belanda setelah negara itu meraih kemerdekaan pada abad ke-17.
Pelukis yang amat perlahan
Vermeer bagaimanapun melakukan apa saja bentuk seni tetapi masih mengekalkan prolifik. Walaupun beliau sering menggunakan pigmen yang terbaik dan paling mahal, beliau dikenali sebagai seorang seni yang miskin sehingga kematian beliau ketika berusia 43 tahun dibebani dengan hutang.
“Semasa pertunjukan seni di Metropolitan Muzium Seni di New York, Vermeer dan Delft telah diteroka dari aspek hubungannya dengan pelukis-pelukis lain di bandar Belanda,” tambah Ducos lagi kepada wartawan AFP.
Namun pameran yang diadakan di Muzium Lourve telah memfokuskan terhadap aspek plagiarisme, persaingan dan tawaran terutama di seluruh negara Belanda. “Lazimnya, kebanyakan pelukis sering bersaing malah antara mereka turut mengambil idea orang lain dan mengadaptasikannya menjadi sebuah lukisan seni yang cemerlang,” kata Ducos lagi kepada wartawan.
“Vermeer dan beberapa sarjana genre lukisan beranggapan bahawa karya seni Vermeer adalah antara persaingan dan inspirasi,” kata Ducos lagi. Pameran yang diadakan di Muzium Lourve itu akan diadakan sehingga 22 Mei sebelum karya Vermeer tersebut diterbangkan ke Dublin pada bulan Jun.
Kemudian pada bulan Oktober nanti, Koleksi ini akan diterbangkan lagi ke Amerika Syarikat dan dipamerkan di Muzium Kebangsaan Seni di Washington di mana ia akan dibuka sehingga akhir bulan Januari 2018. – AFP