BEIRUT – Pameran seni yang dikenali sebagai Zena El Khalil telah mempamerkan barisan seni tentang memori duka setelah 40 tahun berlaku peperangan saudara di negara itu. ‘Sacred Catastrophe: Healing Lebanon’ merupakan tema utama pameran berkenaan yang mana diadakan di sebuah bangunan mercu tanda di tengah-tengah kota Beirut dan juga lokasi peringatan terhadap zaman peperangan saudara yang berlaku di antara tahun 1975 hingga 1990 di negara berkenaan.
Bangunan mercu tanda itu dipenuhi dengan ‘Pockmarked’ dan lubang-lubang peluru malah bangunan ini berdiri di atas garisan penanda yang memisahkan antara dua masyarakat iaitu di Timur dan Barat, Muslim dan Kristian.
Bangunan yang hampir berusia 100 tahun itu menjadi lokasi kegemaran buat para penembak yang mana telah merubah strukturnya menjadi mesin pembunuh semasa zaman peperangan berkenaan.
El Khalil telah membawa karyanya ke bangunan berkenaan yang mana kini dikenali sebagai Muzium Beirut seperti dalam bentuk koleksi gambar, lukisan, video, seni kontemporari dan beberapa buah puisi yang telah dicatatkan dihasilkan dari 100 buah lokasi berbeza di Lubnan.
Pameran itu juga adalah yang pertama di Beirut dan diisytiharkan sebagai pusat budaya pada tahun 2003 oleh pihak kerajaan Beirut.



Satu memori duka
Apa yang pasti, muzium ini menyimpan memori sebagai sebuah bangunan di mana para penduduk ingin mendapatkan penyembuhan dan El Khalil berkata bahawa dia telah menanamkan memori sukar bagaimana untuk meraih perdamaian yang sebenar. “Sebenarnya kami tidak pernah mempunyai proses perdamaian walaupun selepas peperangan di negara ini telah berakhir kerana masih terdapat komuniti yang mengalami penderitaan dan kesengsaraan yang berpanjangan,” tambah El Khalil kepada media.
El Khalil juga berkata bahawa dia ingin merubah objek yang tersisa daripada peperangan itu ke dalam satu bentuk karya seni sekali gus cuba menyembuhkan memori duka peperangan termasuk menyanyikan, menggambarkan dan membakar puing-puing dakwat dan lukisan di sebuah kanvas.
Semasa konflik berakhir pada tahun 1990, situasi pengampunan subjek perang saudara tidak pernah dibincangkan secara rasmi di negara itu.
Para pelajar tidak pernah mengkaji sejarah peperangan kerana para pegawai tidak dapat menyepakati versi peperangan untuk dimasukkan ke dalam sebuah buku teks pendidikan sejarah khususnya. Walaupun kini, Lubnan sudah mengalami satu perubahan namun Lubnan masih terjebak dalam arus disfungsi, rasuah dan turun naik penggunaan media sosial.
Selain itu, muzium ini juga menanamkan tema penyembuhan dan situasi ini amat jelas apabila bengkel harian sentiasa diadakan seperti yoga dan juga Reiki. Sesi deklamasi sajak dan puisi juga turut diadakan dan ditujukan kepada mereka yang telah terbunuh semasa dalam peperangan.
Para peserta berkongsi kenangan peperangan, menumpahkan air mata, bertukar-tukar pelukan dan kadang kala saling menyalahkan sesama sendiri.
Para penggunjung akan melalui setiap kawasan bangunan yang telah dipulihkan itu disertakan dengan alunan muzik-muzik latar belakang dan orang ramai dapat menyaksikan sendiri kawasan penembak sniper bersembunyi dan masih lagi terpelihara.
Perjalanan peribadi
Projek seni El Khalil ini bermula semenjak perjalanan peribadinya selepas dia melawat rumah keluarganya di Selatan Lubnan untuk kali pertama sejak penarikan Israel pada tahun 2000 berikutan bertahun-tahun dalam penjajahan. Rumah itu digunakan sebagai pusat tahanan tentera dan terdapat tanda-tanda penyeksaan dan penyalahgunaan kuasa. El Khalil mula mendokumentasikan keganasan, bermula dengan rumah datuk neneknya di Beirut di mana bom jatuh tetapi gagal untuk meletup.
Rumah ibunya juga musnah disebabkan oleh peluru berpandu yang dilepaskan dari laut oleh USS New Jersey yang sebenarnya menyasarkan Syria setelah ia ditempatkan di Lubnan pada awal tahun 1980-an.
Selama lima tahun El Khalil meneliti dan melakukan penyelidikan lebih dari 100 buah lokasi di Lubnan. Satu pemasangan seni didedikasikan untuk memori 17,000 penduduk Lubnan yang hilang sejak zaman peperangan itu.
Diilhamkan oleh lokasi itu, koleksi 17,000 kayu-kayu hijau dicat oleh keluarga mereka yang hilang dan dibentuk seperti semak dan rumput yang tumbuh di sepanjang garis penentuan yang sepi apabila para penembak tepat menembak setiap mangsa.
Siasatan terhadap keluarga yang hilang tidak pernah dilancarkan dan lawatan baru-baru ini oleh Duta AS ke Lubnan, Elizabeth Holzhall Richard berkata bahawa kerja-kerja seni El Khalil ini telah meletakkan ‘Perhatian’ pada proses perdamaian yang telah lama berlalu. Pameran itu tidak mudah untuk para pelawat.
“Ia sebenarnya membuka luka yang sudah berdarah, memori yang sukar untuk dilupakan,” kata seorang wanita Lubnan yang telah kehilangan seorang kawan semasa zaman peperangan itu. – AP