Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Pameran tawar lebih 300 pekerjaan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Lebih daripada 300 pekerjaan sepenuh masa, sambilan dan latihan amali dalam pelbagai sektor ditawarkan oleh lebih 40 peserta pameran yang menyertai Pameran Kerjaya UBD ke-9 yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) bermula 28 hingga 30 Jun.

    Organisasi-organisasi yang menyertai pameran berkenaan menyediakan pelbagai prospek menarik bagi pelajar dan graduan pengajian tinggi untuk meneroka peluang-peluang pekerjaan, memperoleh maklumat berharga dalam pelbagai organisasi serta meningkatkan lagi kemahiran rangkaian mereka.

    Pameran kerjaya berkenaan telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Dalam ucapannya, Dr Haji Azman menyatakan dalam usaha Negara Brunei Darussalam untuk merealisasikan Wawasan 2035, komitmen daripada pihak berkepentingan untuk menyediakan platform, peluang dan sokongan amat diperlukan untuk memastikan penyertaan aktif belia negara dalam membina tenaga kerja masa depan yang maju dan berdaya tahan.

    Bagi pelajar, bakal graduan dan pencari kerja, pameran kerjaya meskipun merupakan peluang yang amat baik untuk mencari peluang, menubuhkan rangkaian dengan majikan dan profesional dan menghalusi kemahiran mencari kerja, juga tidak kurang pentingnya bagi mereka untuk memupuk minda yang terbuka.

    Antara yang hadir pada pameran kerjaya yang diadakan di Dewan Canselor UBD kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Sikap yang positif dan mudah untuk menyesuaikan diri kepada cabaran adalah amat penting dalam mengemudikan pasaran kerja, ulasnya lagi.

    Dr Haji Azman juga menyatakan rasa penghargaan kepada organisasi dan majikan atas dedikasi mereka untuk membangunkan bakat yang bukan sahaja menjana peluang amat berharga bagi individu tetapi juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kejayaan komuniti dan industri.

    Pameran kerjaya yang dianjurkan oleh Centre of Networking, Employment and Career Training (UBD CoNECT) dengan sokongan Office of Alumni Relations and Advancement (UBD OARA) itu membawa tema, Your Next Quest Awaits.

    Salah satu tarikan pameran adalah sesi temu duga bagi kekosongan yang dikendalikan oleh para peserta pameran, bagi pelajar-pelajar, graduan dan pencari-pencari pekerjaan. UBD CoNECT juga akan menawarkan sokongan dengan menyediakan penilaian CV dan tip temu bual untuk membantu bakal-bakal pekerja mempersiapkan diri mereka secara efektif.

    Selain pameran kerjaya, kempen derma darah juga diadakan di tingkat bawah Dewan Canselor, UBD.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...