Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pan Borneo bantu kurangkan kesesakan, beri limpahan ekonomi penduduk setempat

    KOTA KINABALU, 23 OKT – Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi jajaran Putatan ke Berungis, Tuaran dijangka memberi manfaat besar dan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat di sepanjang laluan berkenaan.

    Projek LPB bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas malah menjimatkan masa perjalanan khususnya untuk pengguna dari pantai timur dan utara menuju ke Putatan serta pantai barat Sabah.

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kolopis, Penampang Andrias Jubily berkata apabila pembinaan LPB siap sepenuhnya, tempoh perjalanan dari Kolopis ke Inanam yang mengambil masa kira-kira sejam dapat dikurangkan.

    Beliau berkata pembinaan LPB tepat pada masa memandangkan kesesakan lalu lintas di Penampang semakin meruncing, selain dapat menjadi laluan alternatif kepada pengguna dari Putatan ke Tuaran tanpa memasuki bandar yang sering sesak terutama semasa musim cuti sekolah dan perayaan.

    Sementara itu, Ketua Kampung Tindai Kolopis Verus Niun berkata penyiapan projek LPB dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan berharap aspek penyelenggaraan serta keselamatan menjadi keutamaan semua.

    “Saya berharap penyelenggaraan jalan raya diteruskan kerana melibatkan aspek keselamatan. Pemandu dinasihatkan mengikut had laju ditetapkan kerana ini kawasan kampung. Ada pelajar sekolah dan haiwan melintas,” katanya. – Bernama

    Pembinaan jalan raya baharu projek Lebuhraya Pan Borneo dua lorong daripada Putatan ke Kiansom sepanjang 19.6 kilometer, kini siap dan menunggu masa untuk dibuka bagi laluan orang ramai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda