Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pan Borneo: R&R Jelukong kini dalam pembinaan

    KUALA LUMPUR, 6 MAC – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang membina satu hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Jelukong, Lubok Antu serta satu hentian sebelah di Sungai Semanok, Bintulu untuk kemudahan pengguna Lebuhraya Pan Borneo di antara bandar Sibu dan Bintulu.

    Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata selain menyediakan kemudahan asas untuk pengguna jalan raya berehat dan solat, usahawan tempatan juga boleh menjana pendapatan dengan mengusahakan kemudahan kedai makan dan pasar tamu di R&R tersebut.

    “R&R ini apabila siap nanti akan diselenggara pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana ini kawasan lebuh raya yang tidak bertol,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan Edwin Banta (GPS-Selangau) berhubung perancangan kementerian untuk menyediakan kemudahan R&R di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo khususnya di antara Bandar Sibu dan Bintulu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda