Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pan Bright lancar pelbagai promosi menarik

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Pan Bright Travel Service dan Tourism Malaysia Brunei baru-baru ini telah melancarkan Promosi ‘Lakas Tah ke Miri’ bersempena dengan Kempen Jualan Karnival Kebangsaan Jualan Mega Malaysia dan Tahun Melawat Sarawak 2019.

    Promosi itu memberikan rebat khas penginapan di Hotel Meritz dan juga Hotel Marriott di Miri. Selain itu, tawaran istimewa bilik dengan harga rendah termasuk sarapan percuma untuk dua orang.

    Pan Bright juga menawarkan promosi harga murah bagi International Back2School Run dan Ride2School MTB Jamboree di Miri pada Julai kelak yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri yang pada tahun ini bekerjasama dengan Pan Bright untuk penginapan pelari dari Brunei.

    Antara kategori-kategori yang diadakan ialah 5km Fun Run, 11km Terbuka Lelaki dan Perempuan, dan Mountain Biking Jamboree 44km Terbuka dan Veteran.

    Selain itu, promosi bagi pakej Stay Run Ride Miri turut ditawarkan bagi twin share termasuk bermalam sehari di Hotel Meritz, pakej perlumbaan dan bayaran pendaftaran.

    Manakala bagi tiga pemenang teratas pula, akan menerima hadiah penginapan di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu dan Hotel Abell Kuching serta wang tunai.

    Peserta lain pula tidak terkecuali meraih hadiah dalam cabutan bertuah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda