Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pan Gon bakal umum sasaran

    SHAH ALAM, 24 NOV – Sasaran skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala AFF 2022, hanya akan ditetapkan selepas menilai prestasi skuad berkenaan dalam dua aksi pemanas badan menentang Kemboja dan Maldives, bulan hadapan.

    Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon, akan mengumumkan sasaran berkenaan selepas menilai dan menyenarai pendek 23 orang pemain untuk saingan tersebut, pada pertengahan bulan depan.

    “Kita kena tunggu dua aksi persahabatan itu sebelum meng-umumkan sasaran. Pan Gon akan mengumumkannya selaku pengurus pasukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis mengumumkan kerjasama antara FAM dan Active Sports, iaitu pengedar barangan jenama Puma di Malaysia di sini, kelmarin. – Bernama

    Noor Azman berkata Pan Gon akan mengumumkan sasaran skuad Harimau bagi saingan Piala AFF 2022 selepas menilai dan menyenarai pendek 23 orang pemain pada pertengahan bulan depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda