Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pan Gon bangga walaupun tewas kepada Tajikistan

    KUALA LUMPUR, 26 SEPT – Biarpun gagal menamatkan penantian 44 tahun Malaysia untuk menjulang Piala Raja Thailand selepas tewas 0-3 dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan pada perlawanan akhir, ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon memuji anak buahnya kerana meletakkan semangat juang dan kekuatan mental yang tinggi sepanjang perlawanan malam kelmarin.

    “Kami telah menjangkakan ia akan menjadi perlawanan yang sukar kerana Tajikistan, menduduki ranking ke-109 dunia adalah pasukan yang sangat fizikal dan kuat tetapi saya amat berbangga dengan sikap dan semangat pemain Harimau Melaya di final.

    “Tiada penyesalan, kerana kami telah melakukan yang terbaik dan akan menilai kem ini sebelum membuat persiapan menghadapi piala AFF 2022 yang akan diadakan pada 20 Disember hingga 16 Januari 2023,” katanya pada sidang media selepas kedudukan terikat 0-0 dalam tempoh 90 minit permainan.

    Pengendali dari Korea Selatan itu kecewa selepas hujan lebat turun pada separuh masa pertama menggoyahkan prestasi Harimau Malaya pada perlawanan akhir kejohanan empat pasukan itu.

    Pan Gon menegaskan bahawa beliau tidak mahu menamatkan perlawanan menerusi sepakan penalti dan percaya anak buahnya boleh bermain dengan lebih baik sekiranya tiada hujan malam kelmarin. Dalam pada itu, jurulatih berusia 53 tahun itu berharap Malaysia yang kini menduduki ranking ke-148 dunia, bersedia untuk bersaing dengan pasukan yang berada di kedudukan ke-110 ke atas dalam tempoh dua tahun akan datang.

    Skuad negara Malaysia mara ke final selepas menang 5-3 ke atas Thailand, juga menerusi penentuan sepakan penalty, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan, Khamis lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...