KUALA LUMPUR, 28 JULAI – Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon, dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Liga K1 Korea (Liga K1) Ulsan HD FC.
Perkembangan itu diumumkan juara K1 2023 itu dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
“Buat pertama kalinya di Liga-K, saya ada pengurus rasmi. Tekanan dan harapan berjalan seiring.
“Saya rasa seperti telah kembali semula, tetapi saya mahu tunjukkan kepada peminat bola sepak Korea prestasi lebih matang,” kata Pan Gon dalam hantaran itu.
Terdahulu, Pan Gon meletakkan jawatan selaku pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan Malaysia.
Keputusan meninggalkan pasukan diambil jurulatih dari Korea Selatan itu atas sebab peribadi.
Pan Gon berkata sepanjang tempoh itu, sudah banyak kejayaan dikecapi dan beliau akui puas membawa pasukan Malaysia dengan melakar pelbagai kejayaan. – Bernama