Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pan Gon mampu bawa pasukan biarpun ‘tempang’ – Zhafri

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Pemain tengah, Zhafri Yahya yakin Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mampu mengendalikan pasukan yang berdepan krisis kecederaan menjelang dua aksi getir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan depan.

    Seramai lima pemain jentera serangan Harimau Malaya terpaksa disisihkan akibat kecederaan iaitu dua pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi dan tiga penyerang, Darren Lok, Muhammad Syafiq Ahmad dan Romel Morales.

    Pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu berkata situasi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan yang berdepan misi wajib menang ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan, namun yakin Pan Gon mempunyai cara mengatasi masalah itu.

    “Tidak dinafikan pemain-pemain yang cedera ini pemain berpengalaman, mereka ini pemain tetap skuad kebangsaan, jadi serba sedikit itu (tempang) ada,” katanya ketika ditemui pemberita. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda