Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pan Gon persoal keupayaan pemain Harimau Malaya

    ISKANDAR PUTERI, 24 MAC – Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon mempersoalkan keupayaan pemainnya dalam mengekalkan prestasi optimum selepas Malaysia menang tipis dengan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

    Jurulatih Korea Selatan berusia 53 tahun itu berkata perlawanan intensiti tinggi seperti perlawanan menentang Turkmenistan menuntut kekuatan mental dan fizikal, serta disiplin dan kerja berpasukan yang tinggi.

    Pan Gon berkata dia banyak menuntut daripada pemain sekali gus membuatkan sebahagian mereka terpaksa bergelut untuk mengekalkan rentak.

    “Saya tidak merungut, tetapi berapa lama kita boleh mengekalkan permainan sebegini?

    Permainan seperti ini menuntut kekuatan fizikal, mental, disiplin dan kerja berpasukan.

    Saya menuntut banyak larian, tekanan dan peralihan, sesetengah (pemain) tidak dapat mengejar, jadi kita kena perbaiki kerana kecergasan permainan adalah penting.

    “Saya memahami bahawa ini adalah permulaan musim dan mereka hanya bermain beberapa perlawanan. Selain itu, keadaan cuaca sukar, lembap dan ia adalah hari pertama Ramadan. Secara keseluruhan kami menang menentang pasukan ranking ke-135 berturut-turut. Saya rasa kita akan lebih baik menjelang Jun dan September, mudah-mudahan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

    Dalam pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi gelanggang laman sendiri Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain sayap Harimau Selatan, Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul wira skuad Pan Gon selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-29.

    Ini merupakan kemenangan kedua Malaysia terhadap Turkmenistan selepas menundukkan The Green, 3-1 dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI - Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar...