Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya

    KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon percaya anak buahnya mempunyai ketahanan mental untuk berdepan sebarang cabaran, termasuk menghadapi jaringan gol pada saat akhir dan bangkit semula untuk menang.

    Pengendali dari Korea Selatan itu berkata sepanjang karier kejurulatihannya selama 25 tahun, beliau pernah mengalami saat sebegitu beberapa kali dan berpuas hati dengan cara pemain Harimau Malaya berhadapan dengan gol penyamaan itu, pada aksi Kejohanan Piala Raja Thailand menentang tuan rumah semalam.

    Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai itu, Malaysia mendahului 1-0 sebelum Thailand menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak kedua, memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti, yang berakhir dengan kemenangan Malaysia 5-3.

    “Kami sememangnya menjangkakan untuk menamatkan perlawanan dalam masa 90 minit tetapi berlaku jaringan penyamaan. Sepanjang 25 tahun melatih, saya berada dalam situasi sebegini banyak kali, namun saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa.

    “Saya percaya mereka cukup kuat untuk mengatasi situasi seperti ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda