Sunday, November 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panaga Health Centre dijenamakan semula

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 16 MAC – Panaga Health Centre kini telah dijenamakan semula sebagai Panaga Health selaras dengan misinya dalam memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti menerusi C.A.R.E (Pusat Kecemerlangan; Ditauliahkan bagi Kualiti; Responsif kepada Keperluan Komuniti dan Perniagaan dan Memperkasa Pasukan Profesional).

    Hadir melancarkan majlis perasmian awal selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra yang dialu-alukan oleh Pengurus Kemudahan Berintegrasi Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Sdn Bhd, Dayang Mazlina binti Haji Ma’awiah.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan BSP dan Pengerusi Negara Shell di Brunei, Agnete Johnsgaard-Lewis; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail serta pegawai-pegawai kerajaan dan British Garrison, pasukan kepimpinan BSP, pemimpin-pemimpin masyarakat Daerah Belait dan perwakilan daripada masyarakat sekitar.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Dayang Mazlina menekankan bagaimana 16 Mac menggambarkan tarikh penting apabila Panaga Health meraikan ulang tahun ke-54 tahun ini sejak penubuhannya pada 16 Mac 1968.

    Dalam penjenamaan semula Panaga Health Centre kepada Panaga Health, beliau berkata bahawa peluang ini bukan sahaja membantu berhubung semula dengan klien-klien teras mereka, komuniti BSJV, malah memberi khidmat kepada masyarakat dengan memaklumkan mereka bahawa pintu mereka dibuka dengan pelbagai perkhidmatan serupa yang boleh didapati di kemudahan perubatan swasta lain.

    “Penjenamaan semula ini juga berfungsi sebagai pengesahan semula komitmen kami untuk mengutamakan keperluan klien kami dan menjadikan pengalaman datang ke kemudahan perubatan itu lebih baik.”

    Untuk merealisasikannya, jelas beliau, penjenamaan semula itu juga menyaksikan pelbagai pengubahsuaian dijalankan di premisnya yang termasuk klinik pesakit luar dan bilik-bilik kecemasan yang diperbaharui, aksesibiliti yang lebih baik bagi pesakit kurang upaya dan ibu-ibu yang menyusukan, dengan lebih banyak penambahbaikan akan dijalankan.

    Selain itu, penjenamaan semula itu juga menyaksikan pendedahan seragam-seragam baharu yang akan dipakai oleh petugas barisan hadapan Panaga Health yang beliau harap akan dipakai oleh petugas dengan rasa bangga dan profesionalisme.

    Pengiran Haji Jamra Weira menandatangani plak untuk pelancaran pusat tersebut.
    Pengiran Haji Jamra Weira, Dayang Mazlina dan hadirin semasa sesi bergambar ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda