Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panahan petir maut meningkat di India

    NEW DELHI, 27 OGOS – Perubahan iklim memarakkan peningkatan yang membimbangkan dalam jumlah korban akibat petir di India, membunuh hampir 1,900 orang setahun di negara paling ramai penduduk di dunia itu, saintis memberikan amaran.

    Kilat menyebabkan 101,309 kematian yang mengejutkan antara 1967 dan 2020, dengan peningkatan mendadak antara 2010 dan 2020, kata pasukan penyelidik yang diketuai oleh Universiti Fakir Mohan di negeri timur Odisha.

    “Hasilnya menunjukkan peningkatan berterusan dalam aktiviti kilat di India, meletakkannya sebagai pembunuh utama dalam kalangan bencana alam yang disebabkan oleh perubahan iklim,” katanya.

    Sementara laporan itu melihat data mengenai kematian, bukan jumlah serangan, ia menyatakan bahawa ‘aktiviti kilat di India menjadi semakin tidak dapat diramalkan.’ – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda