Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panama haramkan perjanjian perlombongan baharu

    BANDARAYA PANAMA, 29 OKT – Presiden Panama Laurentino Cortizo, pada Jumaat mengumumkan pengharaman konsesi perlombongan logam baharu, tetapi mengekalkan kontrak dengan sebuah syarikat Kanada yang telah mencetuskan bantahan besar-besaran di negara itu.

    Dalam ucapan televisyen, presiden menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan dekri ‘mengisytiharkan larangan pemberian konsesi mineral logam baharu di seluruh negara’.

    Cortizo tidak menyebutkan mengenai kontrak kontroversi dengan First Quantum Minerals, syarikat berasaskan Vancouver, mengendalikan perlombongan tembaga di kawasan Caribbean yang telah mencetuskan demonstrasi berkenaan potensi kesan alam sekitar dan di mana peserta protes telah berhadapan dengan polis.

    “Semua permohonan perlombongan logam baharu dan juga yang kini dalam proses akan ditolak dengan serta-merta,” kata presiden itu dan menambah bahawa ‘larangan itu akan berkuat kuasa mulai hari ini.”

    Cortizo, yang menandatangani dekri tersebut di hadapan kamera televisyen, berkata beliau membuat keputusan ini ‘dengan mengambil kira kedudukan yang berbeza dalam masyarakat berkenaan dengan isu perlombongan’.

    Tetapi pengumumannya tidak banyak membantu untuk meredakan kemarahan dalam protes yang dihadiri oleh ribuan orang yang berlangsung di pusat kewangan ibu negara itu, pada saat dia memberikan ucapan. – AFP

    Pandangan daripada udara perarakan menentang kontrak kerajaan dengan syarikat perlombongan Kanada. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda