Sunday, February 23, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panamera Turbo lebih sportif, mewah

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – QAF Eurokars selaku pengedar tunggal model Porsche di Negara Brunei Darussalam memperkenalkan ikon prestasi jentera serba mewah generasi kedua Porsche Panamera Turbo di Pusat Porsche Brunei, Beribi, pagi tadi sebagai tambahan kepada barisan keluarga model Panamera selepas pelancaran Panamera 4S April lalu.

    Seperti model Panamera yang lain, Panamera Turbo generasi kedua dengan ketinggian 1,427mm dan 5,049mm panjang ini direka bagi pemandu kereta sport empat pintu, empat tempat duduk dan dilengkapi dengan kawalan pemanduan yang menarik dan canggih.

    Panamera serba baharu ini tampak berbeza kerana garis bumbung baru yang mengubah keseluruhan imej kereta ini. Perubahan lain yang turut dibuat adalah pada bahagian ‘overhang’ yang dikurangkan pada bahagian hadapan dan ditambah pada bahagian belakang.

    Malahan komponen yang dibina dari bahan aluminium kini ditingkatkan bagi mendapatkan berat yang ideal termasuklah bahagian luaran, sisi badan, bonet, bumbung dan dapra.

    Ia didatangkan dengan enjin V8 Twin-Turbo 4 liter 8 silinder yang menghamburkan kuasa maksimum melalui bantuan transmisi lapan kelajuan Doppekupplung (PDK) Porsche.

    Pengamal media merasakan sendiri kehebatan Panamera Turbo semasa uji pandu kelmarin.

    Bahagian dalaman Panamera Turbo lebih canggih dan padat dengan teknologi terkini.

    Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa tork 770Nm di antara 1,960 dan 4,500 rpm dengan 550 kuasa kuda serta mampu memecut antara 0 hingga 100kmsj dalam masa 3.8 saat sahaja.

    Ia juga lebih ringan dan tangkas kerana dilengkapi suspensi angin tiga chamber.

    Bagi imej luarannya, ia memang cukup sportif di samping mengekalkan elemen penuh kemewahan. Ia dilengkapi lampu utama LED dengan empat poin lampu nyalaan siang LED dan ditawarkan dalam tiga versi.

    Pada bahagian belakang pula, ia hadir dengan lampu LED tiga dimensi dan dipenuhi oleh lampu brek empat-poin.

    Rodanya pula ditampilkan dengan saiz 19-inci serta bumbungnya dilebarkan sedikit dengan garisan lurus menjurus sedikit kepada reka bentuk 911.

    Manakala pelanggan yang membeli kereta tersebut dari Pusat Porsche Brunei, boleh membuat pilihan pengubahsuaian mengikut kemahuan mereka.

    Bagi menyaksikan kehebatan Panamera terbaru ini, orang ramai dialu-alukan mengunjungi Bilik Pameran Porsche di Beribi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda