Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panasonic henti hasil panel LCD

    TOKYO, 21 NOV – Syarikat elektronik gergasi Jepun, Panasonic berkata hari ini ia akan menamatkan pengeluaran panel-panel paparan hablur cecair (LCD) menjelang tahun 2021, ketika syarikat pengeluar dari China dan Korea Selatan mendominasi pasaran global.

    Syarikat itu yang membuat segala-galanya daripada pemasak nasi hingga bateri bagi kenderaan Tesla, pada masa ini menghasilkan panel LCD bagi kenderaan dan kegunaan industri.

    Syarikat itu berkata ia cuba untuk bertindak balas dengan ‘persaingan dan evolusi ketat’ perniagaan tersebut, namun akhirnya membuat kesimpulan dengan ‘meneruskan perniagaan itu selanjutnya tidak akan menjadikan ia berdaya maju’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda