Di rantau Ueno, Tokyo, rasa kasih kepada panda gergasi, aura panda dapat dirasai kerana semua barangan dan dinding dihiasi dengan gambar panda, dari makanan yang bergaya hingga anak patung yang mewah, di mana ia telah di demonstrasikan di Taman Zoologi Ueno, disebabkan hubungan istimewa Jepun bersama haiwan China tersebut.
Seawal tahun 1972, zoo itu telah membentuk ikatan yang tidak dapat dilupakan bersama panda-panda itu. Kang Kang dan Lan Lan, pasangan panda pertama di zoo tersebut telah diberikan kepada Jepun oleh pihak kerajaan China pada bulan Oktober 1972, Toshimitsu Doi, bekas Pengarah Taman Zoologi Ueno, kata Xinhua.
“Terdapat demam China di Jepun,” kata Doi, beliau menambah, kedatangan Kang Kang dan Lan Lan merupakan hari yang bersejarah untuk zoo itu. Sebahagian besar penduduk Jepun telah pergi ke lapangan terbang Haneda dan zoo Ueno untuk melihat panda tersebut sehingga pihak polis terpaksa membuat laluan jalan bermula dari lapangan terbang hingga ke zoo itu. Jumlah pelawat taman tersebut telah mencecah rekod yang tertinggi iaitu 9.2 juta pada tahun 1973.
Sebagai kenangan untuk warga Jepun, zoo Ueno telah menjadi titik permulaan untuk kasih sayang Jepun untuk panda gergasi itu. Sejak itu, Huan Huan, Fei Fei, Ling Ling dan selebihnya telah datang ke zoo itu.
“Setiap kali panda gergasi China itu datang, ia menjadi majlis yang besar. Setiap daripadanya menjadi bintang terkenal,” kata Doi.
Pemerhati panda
Ramai pelawat telah berbaris sekurang-kurangnya 90 minit untuk menyaksikan panda-panda gergasi di zoo itu. Ia jelas menunjukkan populariti panda itu. Takahiro Takauji, pereka laman sesawang Jepun telah dipanggil sebagai ‘pemerhati panda’ oleh media Jepun. Selama tujuh tahun, beliau telah pergi ke zoo tersebut setiap hari untuk mengambil gambar pada-panda itu, hujan ataupun cerah, beliau akan memuat naik gambar-gambar ke dalam blognya. “Saya menyaksikan panda itu buat pertama kali pada tahun 2011 dan ia adalah seperti cinta pandang pertama,” beliau menambah.
Bercakap mengenai bintang haiwan di zoo Ueno, semestinya salah satunya ialah panda gergasi Xiang Xiang. Xiang Xiang telah mula dikenalkan pada orang awam pada Disember 2017, iaitu buat pertama kali zoo itu mempamerkan anak panda sejak 29 tahun. Penduduk Jepun telah datang daripada serata negara untuk menyaksikan anak panda yang gebu apabila mereka mengetahui berita itu. Untuk mengawal jumlah besar pelawat-pelawat itu, pihak zoo telah memilih 2,000 pelawat yang bertuah setiap hari.
Sambutan hari lahir
Zoo telah menyambut hari jadi yang kedua tahun Xiang Xiang pada 12 Jun dengan membuat aktiviti-aktiviti yang istimewa.
Walaupun dalam perjanjian bersama Beijing bahawa anak panda itu akan dihantar ke China selepas 24 tahun hari lahirnya, pihak kerajaan Tokyo metropolitan telah teruja dengan peminatnya yang ramai sehingga pihak tersebut memanjangkan lagi masa Xiang Xiang untuk tinggal di Jepun dan mengumumkan Xian Xiang akan berada di Tokyo sehingga akhir tahun ini. Sejak kelahiran Xiang Xiang, pelawat di zoo telah bertambah dan menandakan peningkatan dari segi jumlah orang yang menjadi ahli dalam masyarakat pemuliharaan panda.
Doi, telah menjadi presiden kepada Institut Perlindungan Panda Jepun selepas berhenti sebagai pengarah zoo itu. Bukan sahaja untuk mengongsikan pengetahuan mengenai pemuliharaan panda gergasi itu, bahkan telah merancang perjalanan untuk ahli-ahli persatuan untuk melawat habitat-habitat panda di barat daya China iaitu wilayah Sichuan untuk kajian dan pertukaran ilmu. – Xinhua


